Tragedi Tahfiz: “Azan Ingatkan Kita Kepada Allah”

Diterbitkan: Selasa, 19 September 2017 11:00 AM

Tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur pada awal pagi Khamis lalu mengorbankan 23 nyawa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi Khamis lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru.

Dilaporkan, api masih marak di tingkat teratas bangunan tahfiz itu ketika azan Subuh berkumandang, dan suasana sayu itu turut dirakamkan berdasarkan video yang tular di media sosial.

Namun jurugambar profesional, Saiful Nang pada Sabtu lalu mengkritik laungan azan semasa tragedi kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur.

Kenyataan itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan jurugambar tersebut tidak sensitif terhadap tragedi selain dianggap mempersendakan azan.

Artikel berkaitan: Pertikai Azan Tragedi Tahfiz, Saiful Nang Mohon Maaf

Permohonan maaf yang dibuat Saiful Nang berhubung pertikaiannya mengenai laungan azan ketika kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Sama ada waktu solat atau tidak, pakar agama dan mufti mempunyai hujah masing-masing mengenai azan dalam mengingatkan umat Islam kepada kebesaran Tuhan.

Tanpa merujuk kepada tragedi tersebut, berdasarkan Irsyad Al-Fatwa Ke-123 di laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini, ia telah menyentuh mengenai azan sewaktu berlaku huru-hara.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, asal pensyariatan azan adalah untuk pemberitahuan masuknya waktu solat tetapi terdapat juga keadaan lain mengenai laungan itu.

Seperti yang disebutkan oleh al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah, “Disunatkan azan bukan pada waktu solat seperti azan ke telinga bayi yang baru lahir, orang yang dirundum kesedihan dan gundah gulana, orang yang terkena sawan, ketika marah, azan ke telinga orang ataupun haiwan yang buruk perangainya, ketika berlaku pergolakan (aktiviti ketenteraan), ketika berlakunya kebakaran…”

Penerangan mengenai azan sewaktu berlaku huru-hara termasuk insiden kebakaran.

Mengenai tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, penceramah bebas, Ustaz Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail berkata, pelbagai bentuk usaha dan bantuan boleh dilakukan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran.

Ini termasuk membuat panggilan kecemasan seperti bomba dan merakamkan kejadian sebagai bukti dan gambaran kejadian.

"Ada juga orang yang caranya berdoa dan bersolat. Azan juga satu bentuk menyebut kebesaran Allah, meletakkan Allah setinggi-tingginya.

“Semua orang boleh ikut cara masing-masing apa yang mereka boleh buat. Jadi, kita taklah hanya sibuk menyaksikan kejadian kebakaran sampai lupa pada Allah. Dengarnya azan mengingatkan kita kepada Allah,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Syamsul, azan juga merupakan satu seruan untuk berdoa memohon bantuan daripada Allah, atau mendoakan mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Video tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan sidang media berdasarkan siasatan awal berhubung kejadian. 

Imam Masjid Negara, Khisamuddin Ismail pula berkata, azan dapat memberikan kekuatan dan keyakinan kepada umat Islam serta kebergantungan kepada Allah.

Jika berlaku musibah seperti kebakaran, katanya, tidak salah untuk menjerit meminta pertolongan agar mangsa dapat diselamatkan dengan segera.

“Tapi janganlah sampai jerit ‘histeria’ tanpa tujuan macam hilang punca. Lebih baik menjerit minta bantuan atau mengucapkan kebesaran Allah seperti Azan,” katanya.

Walaupun hanya Tuhan yang mengetahui apakah yang dilalui semua mangsa semasa kebakaran berlaku di pusat tahfiz itu, mereka pastinya mahu diselamatkan.

“Laungan azan mungkin dapat didengari mangsa, sekurang-kurangnya ia membantu mereka mengingatkan Allah di saat genting itu,” ujar Khisamuddin.

Tags / Kata Kunci: Darul Quran Ittifaqiyah , azan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan