PKR Tidak Bincang Keputusan Mat Taib - Azmin

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 3:23 PM

Najib mengumumkan kepulangan semula Mat Taib ke dalam Umno.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata parti itu tidak akan membincangkan keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk kembali semula kepada Umno.

"Orang datang dan pergi. Apa yang penting adalah perjuangan harus ditegakkan. Kita tidak perlu komen atau bincang mengenai mereka yang telah pergi.

"Mereka yang masih ada perlu mempunyai kepercayaan dan komited dalam perjuangan ini," katanya pada Isnin.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Muhammad kembali menyertai Umno dalam satu sidang media khas di ibu negara.

Bekas Menteri Besar Selangor itu meninggalkan Umno sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk menyertai PAS.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib kemudian meninggalkan PAS pada September 2015 untuk menyertai PKR.

Beliau berkata tiadanya agenda Melayu yang dibincangkan pada mesyuarat PKR yang dihadiri telah mendorong beliau untuk kembali kepada Umno.

Tags / Kata Kunci: Mat Taib , Azmin Ali , PKR

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan