SPRM Tahan Individu Berkaitan Isu Jual Beli Tanah

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 8:40 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang individu berhubung isu jual beli tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata individu berusia 69 tahun itu ditahan setelah dia datang ke Pejabat SPRM Putrajaya petang tadi untuk direkodkan kenyataannya.

"Hari ini kita telah mengambil keterangan daripada seorang saksi penting yang menguruskan pemindahan hak milik tanah dan kita telah menahannya.

"Lelaki ini adalah seorang ‘liquidator' (penyelesai). Siasatan masih berjalan," katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis perasmian program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar'17) sempena sambutan Hari Ulang Tahun SPRM ke-50 Peringkat Negeri Sembilan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pada 29 Ogos lepas empat pegawai SPRM mengunjungi pejabat Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi mendapatkan maklumat berhubung isu tersebut.

Isu pertikaian Ladang Gatco itu bermula apabila peneroka tidak berpuas hati dengan penjualan ladang berkenaan.

Sementara itu Dzulkifli berkata negeri lain harus mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Sembilan dalam memastikan bukan hanya kepimpinan negeri tetapi seluruh jabatan dan agensi negeri serta rakyat harus tampil bagi menyatakan sokongan kepada  Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah).

"Apa yang kita hendak lahirkan ialah masyarakat Malaysia yang berani menyatakan tidak kepada rasuah. Kalau tidak ada orang yang hendak beri rasuah, maka tidak ada lagi yang penerimanya. Ini yang kita hendak buat," katanya.

Sahabat Gerah dilancarkan pada 1 Ogos lepas untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah dan memeranginya secara habis-habisan.

Dzulkifli berkata seramai 60,000 rakyat Malaysia telah menjadi ahli Sahabat Gerah sejak ia dilancarkan sehingga kini.

"Kita jangka menjelang berakhirnya program Kejar'17 pada 30 Sept ini, sasaran kita ialah 100,000 rakyat Malaysia menjadi ahli Sahabat Gerah," katanya.

Beliau berkata Sahabat Gerah berperanan sebagai mata dan telinga kepada SPRM untuk melaporkan sebarang perlakuan rasuah kepada SPRM, menyumbang tenaga dalam usaha pencegahan rasuah dan menjadi model peranan individu berintegriti kepada masyarakat.

Mengenai program Kejar'17, beliau berkata ia berlangsung selama 12 hari bermula hari ini disertai 40 motosikal dan sebuah bas yang membawa pegawai kanan SPRM.

Katanya melalui program ini, pegawai SPRM akan pergi dari negeri ke negeri untuk mendekati masyarakat dan memberi pendedahan mengenai jenis rasuah serta salah guna kuasa yang sering berlaku. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , Gatco

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan