Kebakaran Tahfiz: Ponteng Punca Enam Remaja Dibuang Sekolah - Berita Semasa | mStar

Kebakaran Tahfiz: Ponteng Punca Enam Remaja Dibuang Sekolah

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam remaja yang disyaki menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Datuk Keramat di sini dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin termasuk ponteng.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.

“Ada suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program 'Sayangi Diri, Jauhi Dadah' di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana, Isnin.

Beliau berkata pihak sekolah  telah mengambil pelbagai  tindakan seperti mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah diambil.

“Namun remaja yang berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,” katanya.

Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas menyebabkan  21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kebakaran tahfiz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan