JPJ Akan Dijenamakan Semula

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  akan menjalani proses penjenamaan semula supaya tidak dilihat sebagai satu jabatan yang menyusahkan rakyat, kata Ketua Pengarah baharunya Datuk Shaharuddin Khalid.

Bercakap kepada pemberita pada hari pertama melapor diri bertugas di ibu pejabat JPJ di sini Isnin, katanya beliau akan menyemak semula sistem dan prosedur di JPJ jika ia didapati menyusahkan rakyat.

Shaharuddin, 57, yang sebelum ini merupakan Ketua Penasihat Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau berazam untuk meningkatkan tadbir urus jabatan tersebut bagi menjadikannya agensi penguat kuasa jalan raya yang cemerlang dan unggul di ASEAN.

"Saya tidak mahu dilihat sebagai pembanteras rasuah. Setiap sektor kerajaan komited untuk menolak rasuah dan ini merupakan proses berterusan," katanya ketika mengulas berhubung latar belakangnya daripada SPRM.

Beliau menyertai Badan Pencegahan Rasuah yang kini SPRM sebagai pegawai siasatan pada 1984.Shaharuddin berkata beliau mempunyai visi untuk meningkatkan prestasi JPJ namun ia tidak bermaksud pada masa ini JPJ bermasalah.

"Kami (JPJ) adalah baik dan kami mahu membawa (prestasi) diri kami ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Shaharuddin berkata JPJ juga akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugasnya seperti Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JPJ , penjenamaan semula

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan