Inovasi Katil Mandi Jenazah

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 8:15 AM

Nurul Fuaddi (kanan) dan Rina Fakhiza menunjukkan produk inovasi tempat memandikan jenazah yang dicipta. Foto Sinar Online

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Melihat proses memandikan jenazah menggunakan tempat sedia ada agak sukar kerana menggunakan ruang yang luas, ia mendorong tiga pensyarah Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) Semambu menghasilkan produk inovasi tempat memandikan jenazah yang ringan dan mudah dibawa.

Kajian selama setahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila katil tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk memandikan jenazah tetapi juga boleh digunakan untuk pesakit lumpuh.

Pensyarah Polisas, Nurul Fuaddi Sulaiman, berkata, pengalaman lebih 10 tahun menguruskan jenazah menjadi pencetus kepada idea menghasilkan tempat atau katil untuk memandikan jenazah yang ringkas, mudah digunakan dan ringan untuk dipindahkan.

Menurutnya, katil itu boleh dihasilkan menggunakan besi dan aluminium, keistimewan lain yang ada pada tempat memandikan jenazah itu ialah boleh dilipat dan terdapat roda bagi kemudahan untuk memindahkan selepas digunakan.

“Selain itu, bagi  menjaga kebersihan air mandian jenazah disalurkan menggunakan paip getah khas yang disediakan, pengalas diperbuat daripada getah digunakan untuk meletakan jenayah sepanjang proses mandian dilakukan.

“Tempat memandikan jenazah sedia ada sebelum ini yang diperbuat daripada gentian kaca (fiberglass) bukan sahaja berat malah bersaiz besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Nurul Fuaddi berkata, berat tempat memandikan jenazah yang diperbuat daripada besi ialah 50 kilogram namun sekiranya dihasilkan daripada aluminium beratnya hanya sekitar 10 hingga 15 kilogram sahaja.

Katanya, inovasi yang dihasilkan ini menjadikan alat itu  lebih mudah dan ringan untuk  mengangkat dan memindahkan alat terbabit selain boleh dimuatkan dalam kereta.

Kelebihan produk itu akhirnya berjaya meraih tempat pertama pertandingan International Innovation, Technology Exhibition And Conference di Kemaman, Terengganu minggu lalu.

Nurul Fuaddi berkata, dia bersyukur kerjasama dan cetusan idea dia bersama dua  lagi pensyarah iaitu Rina Fakhizan Mohd Sukri dan Noraini Nawawi selama setahun berakhir dengan kejayaan membanggakan yang tidak pernah terfikir sebelum ini.

“Selain digunakan untuk memandikan jenazah inovasi yang dihasilkan turut boleh digunakan sebagai katil menempatkan pesakit lumpuh di rumah, proses menjaga pesakit menjadi lebih mudah dan tidak terlalu membebankan keluarga.

“Produk inovasi ini melibatkan kos RM800 dihasilkan bagi kegunaan masyarakat khususnya sebagai tempat memandikan jenazah, setiap masjid dan surau perlu memilikinya untuk,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menerima tempahan daripada pihak tertentu yang berminat untuk mendapatkan katil mandi jenazah itu. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: jenazah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan