Zi Yuan Pencinta Puisi, Sajak Melayu

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Puisi dan sajak sinonim dengan penglibatan kaum Melayu kerana ia merupakan satu cabang sastera yang unik dan istimewa.

Namun, apabila ia turut mendapat perhatian daripada kaum lain, ia adalah sesuatu yang membanggakan.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Putih di Kuantan, Pahang Teh Zi Yuan, misalnya mula mengenali seni sajak dan puisi ketika berada di tingkatan satu.

Menurutnya, pada waktu itu, sekolah memerlukan wakil untuk menyertai pertandingan sajak di peringkat daerah.

“Saya mengambil bahagian dalam sesi pemilihan hanya sekadar suka-suka selain mahu menimba pengalaman baru.

“Tanpa saya jangka, saya terpilih daripada calon-calon yang mengambil bahagian.

“Walaupun tidak memperoleh tempat pertama, namun pengalaman itu membuahkan minat cinta saya terhadap seni puisi Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, dia mendapat bimbingan daripada guru Bahasa Melayu di sekolahnya, Teo Wei Sing yang juga seorang tokoh dalam puisi dan sajak.

Zi Yuan berkata, bakatnya dalam seni puisi terus digilap dan dia semakin dapat memahami lenggok penyampaian puisi.

Zi Yuan ternyata bertuah apabila minat dan penglibatan dalam bidang puisi disokong oleh keluarganya.

Anak kepada pasangan Teh Kim Peng, 45, dan Chee Yee Su, 43, ini mampu menjadi pelapis muda dalam seni sajak dan puisi.

Bapanya yang merupakan Pensyarah Pentadbiran Pendidikan di Institusi Aminuddin Baki manakala ibunya adalah guru Bahasa Melayu menjadi kelebihan buat Zi Yuan untuk terus mendalami Bahasa Melayu dengan baik termasuk dalam sajak dan puisi.

“Ibu bapa tidak pernah menghalang minat saya dalam puisi dan sajak malah sering memberi dorongan. Yang penting saya tidak mengabaikan pelajaran.

“Bagaimanapun, pada tahun ini saya terpaksa memperlahankan penglibatan saya kerana akan menduduki  Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tak lama lagi,” katanya.

Sering terpilih buat persembahan Zi Yuan berkata, dia sering dipilih untuk membuat persembahan sajak dan puisi dalam program di sekolah dan juga anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Katanya, melalui penglibatan dalam program-program sedemikian, dia mendapat memperbaiki kemahiran berpuisi.

“Ketika di sekolah rendah, saya sudah didedahkan dengan pengucapan awam, jadi saya tidak mempunyai masalah untuk berucap di depan umum.

“Cuma, apabila kita mendeklamasikan sajak atau puisi, ada lenggok tertentu yang perlu dikuasai,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Pengetua sekolah, Chan Kok Wai sentiasa memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dalam seni kebudayaan termasuk berpuisi dan sajak.

“Persembahan deklamasi sajak, puisi sering kali diadakan di sekolah kerana pengetua saya amat menyukai acara kebudayaan seperti ini,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Zi Yuan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan