25 Pusat Tahfiz Terengganu Belum Berdaftar

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 8:11 AM

Pusat Tahfiz Darul Hijrah Chendering yang mula beroperasi pada 2015, antara pusat tahfiz serba moden di Terengganu dengan kelengkapan dewan serbaguna berhawa dingin, kolam renang, taman permainan, kantin, asrama dan tempat latihan memanah. Bagaimanapun, pusat tahfiz itu merupakan satu daripada 25 institusi yang masih belum berjaya mendapat kelulusan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terdapat 25 institusi pondok dan tahfiz di Terengganu masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Beliau berkata jumlah itu bagaimanapun agak kecil berbanding 81 institusi pondok dan tahfiz yang telah berdaftar dengan JHEAT dan menikmati pelbagai kemudahan daripada  kerajaan pusat dan kerajaan negeri selama ini.

"Sebahagian daripada  25 institusi pondok dan tahfiz ini telah menghantar permohonan kepada JHEAT namun belum mendapat kelulusan kerana masih banyak perincian tidak lengkap antaranya perakuan status tanah mengikut perundangan dan kelayakan tenaga pengajar.

Mungkin ia kelihatan perkara remeh tetapi sangat penting bagi mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang terutama di kalangan waris (jika tanah wakaf) dan silibus pembelajaran bagi memastikan ia adalah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Tahfiz Darul Hijrah dekat Chendering di sini yang merupakan satu daripada 25 institusi yang masih belum berjaya mendapat kelulusan dari JHEAT. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: pusat tahfiz

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan