Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi Dengan Rakyat Semenanjung - Berita Semasa | mStar

Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi Dengan Rakyat Semenanjung

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 7:50 AM

Abang Johari (kiri) hadir bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud (tengah) dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Malaysia 2017 peringkat negeri di Dataran Sibu, Sabtu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

SIBU: Rakyat Sarawak mahu berdiri sama tinggi dengan rakan mereka di Semenanjung daripada segi pembangunan ekonomi, kata Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata ini adalah harapan dan aspirasi pemimpin pengasas apabila mereka menandatangani Perjanjian Malaysia pada 1963.

"Ia juga adalah harapan semua rakyat Sarawak semalam, hari ini dan esok," kata beliau pada sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di Dataran Bandar Sibu Sabtu malam.

Beliau percaya implikasi yang lebih besar ialah penduduk di Sarawak dan Sabah tidak mahu mengambil mudah bukan sahaja daripada segi sejarah tetapi juga ekonomi dan politik.

"Kita percaya Malaysia boleh menjadi negara yang lebih kuat jika rakyat di Sarawak berdiri sama tinggi dengan rakyat di Semenanjung yang terpisah oleh Laut China Selatan. Rasa tidak puas hati hanya akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia," kata beliau lagi. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan