Viral: Penduduk Mengamuk, Pulau Pun Boleh Banjir?

Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 11:29 AM

Paparan skrin video yang tular pada Sabtu. Bagaimanapun, lelaki dalam gambar di atas bukan perakam video berkenaan. - Facebook/Penang Kini

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejadian banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di lima daerah di Pulau Pinang telah mencetuskan kemarahan penduduk sehingga sebuah rakaman seorang lelaki memaki hamun kerajaan negeri tular di laman sosial.

Lelaki yang tidak dikenali itu mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak menghulurkan bantuan sewajarnya kepada penduduk yang terjejas teruk akibat kejadian berkenaan.

"Terima kasih! Dulu lu (kerajaan negeri) janji lu kata banjir itu rasuah. Sekarang, banjir lagi teruk kat Pulau Pinang.

"Ada ke lu rasuah? Saya anak Pulau Pinang, minta lu keluar sekarang. Mai (mari) 'challenge' (berdepan) dengan kita," jeritnya di atas jalan raya berhampiran kawasan perumahan yang ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, lokasi sebenar video tersebut dirakam tidak disertakan.

Lelaki itu turut didengar bertutur dalam dialek Hokkien kepada penduduk Cina yang juga berada di lokasi kejadian.

Dia yang berang dengan situasi tersebut menempelak jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri yang mengaitkan kejadian banjir itu adalah disebabkan oleh hujan.

"Boleh cakap macam tu ka? Ini hujan pasal ayaq (air) laut sudah naik. Tu warna apa (warna air)? Warnah tanah!

"Apa warna tanah maksud? Kerosakan, potong sama gunung, korek itu lubang, lu tak bina longkang. Longkang kecil masuk longkang besar, masuk sungai, masuk laut satu Pulau Pinang.

"Kita ada kat mana? Satu pulau. Pulau pun boleh banjir?!," katanya dalam nada marah.

Rakaman berdurasi 2 minit 51 saat itu sudah ditonton sebanyak 150,000 kali dan dikongsi sebanyak 3,300 kali.

Menurut Bernama, kejadian tersebut berlaku pada pagi Jumaat susulan hujan lebat sejak pukul 3 pagi sehingga hampir melumpuhkan bandar raya tersebut.

Situasi banjir di Pulau Pinang. - Sin Chew

Ia turut menyebabkan Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk selepas beberapa jalan menuju ke pusat bandar ditutup akibat ditenggelami air.

Sementara itu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP didesak mengakui kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di negeri itu kebelakangan ini adalah akibat pembangunan negeri yang tidak terancang.

Dalam gesaannya, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri juga perlu mengakui kejadian banjir terbabit disebabkan pembangunan yang terlalu pesat.

Sepanjang hampir 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, mereka hanya tahu menolak isu banjir kepada kerajaan Persekutuan, katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.

Tong Keong berkata kejadian banjir kilat terbaharu hari ini yang turut menyaksikan kejadian tanah runtuh selain air kekuningan, menunjukkan kesemua itu kesan daripada kelulusan yang diberi pihak kerajaan negeri kepada pemaju untuk meneroka kawasan hutan dan lereng bukit.

Tags / Kata Kunci: banjir

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan