Tragedi Tahfiz: Mangsa Terselamat Dikawal Polis, Tentera

Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 7:26 PM

Pegawai penyiasat dari Bukit Aman keluar dari premis selepas membuat tinjauan di lokasi kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua mangsa yang terselamat dalam tragedi kebakaran Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah difahamkan kini ditempatkan disatu lokasi 'rahsia' yang dikawal ketat di Keramat.

Menurut sumber memaklumkan kepada Sinar Online, kesemua mereka kini turut 'dijaga' oleh tentera dan polis.

"Hanya ahli keluarga mereka sahaja yang dibenarkan membuat lawatan dan mengunjungi mereka.

"Pihak-pihak lain yang tiada kaitan tidak dibenarkan," katanya yang enggan mendedahkan namanya.

Katanya, perkara itu dilakukan bagi memastikan kesemua pelajar berkenaan, tidak 'didekati' bagi memastikan mereka dapat melupakan buat seketika tragedi yang menimpa.

Pagi Sabtu, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmud memaklumkan bahawa, kesemua mangsa ditempatkan di sebuah lokasi yang tidak diketahui bagi melindungi mereka daripada diganggu dan didekati pihak tidak bertanggungjawab.

"Kesemua mangsa yang selamat tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana kami menerima arahan untuk menempatkan kesemua mereka ditempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pusat Tahfiz

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan