Bukit Aman Periksa Pusat Tahfiz

Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan enam pegawai penyiasat dari Bukit Aman kelihatan memasuki bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Hujung, di sini, kira-kira jam 1.30 tengah Sabtu.

Mereka kelihatan memeriksa tempat kejadian serta mengambil gambar beberapa sudut bangunan yang terbakar dan persekitaran bangunan.Kumpulan penyiasat berkenaan kelihatan beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Tragedi  yang meragut 23 nyawa dalam kejadian kebakaran pada 5.15 pagi Khamis lepas mendapat liputan meluas pihak media serta menjadi keutamaan pihak berkuasa berikutan dakwaan kemungkinan ia melibatkan unsur jenayah.

Sehingga kini, punca kejadian kebakaran tersebut masih menjadi tanda tanya setelah siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan kebakaran bukan berpunca daripada litar pintas.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pusat Tahfiz

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan