Ramai Tampil Beri Khidmat Keselamatan Percuma

Diterbitkan: Jumaat, 15 September 2017 4:55 PM

Seramai 22 pelajar dan dua tenaga pengajar gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 23 orang termasuk dua warden pagi Khamis, beberapa individu tampil menawarkan pelbagai khidmat keselamatan percuma kepada sekolah tahfiz dan pusat amal di seluruh negara.

Konsultan keselamatan Muhammad Khairul Ruslan, 39, dari Mersing, Johor  antara individu terawal yang berbuat demikian dengan  menawarkan  latihan keselamatan, kesihatan, pencegahan kebakaran kepada pusat tahfiz, rumah anak yatim atau sekolah swasta yang dikelola secara persendirian, menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengarah  Urusan Khairuzita Resources  and  Consultancy itu  berkata beliau berasa terpanggil untuk berbuat selepas tersentuh dengan tragedi yang menimpa anak-anak tahfiz tersebut, lebih-lebih lagi seorang daripada tujuh anaknya juga belajar di sekolah tahfiz di Muar.

“Sebagai seorang konsultan yang berdaftar di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), saya biasa memberi taklimat keselamatan kepada pekerja asing di tapak pembinaan untuk memastikan persekitaran tempat bekerja mereka selamat.

"Namun selepas mendengar kejadian kebakaran di Keramat itu, saya terfikir mengapa saya sebagai  konsultan mampu memberi  taklimat kepada warga asing bagaimana untuk menyelamatkan diri, sedangkan saya tidak pernah berkongsi mengenai teknik keselamatan kepada anak saya yang menuntut di pusat  tahfiz,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ikhlas menawarkan khidmat tersebut, Muhammad Khairul berkata beliau juga ingin memberikan kesedaran kepada pengusaha sekolah tahfiz dan pusat amal agar mengambil berat aspek keselamatan.

Katanya  perkhidmatan ditawarkan beliau itu melibatkan 10 sukarelawan lain yang akan memberi penerangan mengenai keselamatan, menjalankan latihan simulasi dan membuat penilaian audit sebelum memberi syor untuk meningkatkan keselamatan di pusat masing-masing.

“Selepas kita kenal pasti kelemahan yang terdapat di pusat tahfiz, kita akan mengesyorkan dari segi keperluan keselamatan yang perlu ada untuk memastikan tempat selamat dan sekiranya mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan seperti alat pemadam api akibat kekangan kewangan, kita akan bantu pula mendapatkan dana untuk mereka,” katanya.


Tags / Kata Kunci: kebakaran pusat tahfiz

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan