Semua 23 Mangsa Sudah Dikenalpasti

Diterbitkan: Jumaat, 15 September 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua 23 mangsa yang maut dalam kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi Khamis berjaya dikenalpasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar).

Dalam kenyataan yang dimuat naik Facebook pada tengah hari Jumaat, Noor Hisham berkata, pihaknya akan berjumpa dengan waris mangsa untuk memaklumkan perkembangan selanjutnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan ketuanya, Dr Mohd Shah dan pihak lain yang terlibat memberikan bantuan segera terhadap insiden terbabit.

"Kami berharap dan berdoa dan tragedi ini adalah yang terakhir dan langkah pencegahan harus diambil segera," kata Noor Hisham.

Semua mayat mangsa akan sedia untuk dimandikan di masjid Hospital Kuala Lumpur.

Pada pagi Khamis, satu kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat telah mengorbankan 21 orang pelajar dan 2 orang tenaga pengajar.

Tags / Kata Kunci: kebakaran pusat tahfiz

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan