Tragedi Tahfiz: Kaji Semula Aspek Keselamatan - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 9:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap semua sekolah tahfiz mengkaji segera aspek keselamatan.

"Pembinaan (sesebuah sekolah) perlu mengikut peraturan supaya apabila terjadi kejadian seperti ini, mereka boleh lari.

"Ini ada dua pintu sahaja. Dan mereka tidak boleh lari keluar.

"Ciri-ciri keselamatan sangat penting," ujarnya ketika ditemui media selepas turut melawat keluarga mangsa di Hospital Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi Khamis.

Dr Mahathir juga turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

"Harap semua boleh selesaikan dengan segera," tambahnya.

Dalam tragedi tersebut, seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran yang berlaku pukul 5.15 pagi ini.

Tags / Kata Kunci: Tun Mahathir

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan