Tragedi Tahfiz: Hilang Tiga Anak Serentak

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan sedih seorang ibu apabila menerima berita kehilangan tiga anaknya dalam tragedi yang menyayat hati ketika azan Subuh berkumandang pada awal pagi Khamis.

Mas Hawani Mohamed Shahid, 37, kehilangan tiga anak lelakinya yang menjadi mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di ibu negara.

Mashawani ditenangkan oleh anggota keluarga. 

Tiga anak lelakinya adalah Muhammad Syafiq Haikal,13, Muhammad Hafiz Iskandar,12, dan Muhammad Harris Ikhwan (10).

Setakat ini, usia ketiga-tiga beradik ini belum dapat disahkan dan akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Kebakaran tersebut meragut 24 nyawa termasuk dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.

Sepupu ibu mangsa, Rosnani Mohd Nor berkata, dia hanya tahu anak-anak kepada sepupunya itu meninggal dunia selepas semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

"Kami sekeluarga bersedih dengan kejadian malang ini terutama ibu kepada anak-anak ini," katanya sambil menambah bapa mangsa telah meninggal dunia lapan tahun lalu.

Rosnani yang masih terkejut  apabila menerima berita itu baru saja tiba di HKL untuk bersama sepupunya.

"Saya masih belum bertemu dengan sepupu saya. Saya doakan dia tabah melalui dugaan ini," tambah Rosnani kepada mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Darul Quran Ittifaqiyah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan