Najib Enggan Bicara Tarikh PRU-14 - Berita Semasa | mStar

Najib Enggan Bicara Tarikh PRU-14

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON, D.C: Walaupun pelbagai tarikh telah dikaitkan dengannya, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberi sebarang petunjuk bila pilihan raya ke-14 akan diadakan.

Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenainya pada akhir lawatan kerja tiga hari perdana menteri di sini Rabu, perdana menteri hanya ketawa dan berkata "Tunggu dululah."

"Kamu hendak saya umumkan sesuatu di Washington D.C.? Kamu bergurau ya,"  katanya.

Mengenai sama ada beliau menganggap ini masa yang sesuai memandangkan semua perkara sedang memihak kepadanya.

Najib menjawab: "Betulkah, kamu fikir begitu?"

"Datuk (Seri) ada masa kurang setahun sahaja lagi,” kata wartawan itu.

"Setahun masa yang panjang (dalam politik),” jawab Najib yang melawat Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump.

Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di Rumah Putih pada Selasa.

Mandat parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Najib akan berakhir pada Jun 2018. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PRU-14 , Najib Tun Razak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan