Doakan Mangsa Lebih Baik Daripada Sebarkan Gambar - Syamsul Debat

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 11:32 AM

Anggota keluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapat tahu anak mereka antara mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berita mengejutkan susulan tragedi yang mengorbankan sekumpulan 22 pelajar tahfiz di ibu negara menyebabkan orang ramai bagaikan berlumba-lumba untuk menyebarkan maklumat dan gambar kejadian menyayat hati itu.

Bagaimanapun, perbuatan itu mendapat perhatian penceramah bebas yang tampil menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran gambar mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur awal pagi Khamis.

Ustaz Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail berkata, adalah lebih afdal jika umat Islam mensedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban.

"Kita faham semua orang bersimpati tapi tolong hentikan penyebaran gambar-gambar (rentung) tersebut. Seelok-eloknya kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan yang baik-baik mudah-mudahan roh mangsa ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk orang ramai menyebarkan gambar-gambar tersebut kerana ia boleh mengaibkan mangsa dan seluruh anggota keluarganya.

"Sebenarnya dalam hukum Islam, penyebaran gambar-gambar mayat tersebut boleh mengaibkan si mati dan juga ahli keluarga mereka. Ia juga boleh mengundang macam-macam persepsi daripada orang ramai.

Syamsul Amri Ismail.

"Sedangkan mayat yang tersenyum dan dalam keadaan sempurna pun kita dilarang untuk sebarkan inikan pula gambar mangsa rentung. Hormatilah juga perasaan keluarga mangsa. Apa perasaan kita jika kita di tempat mereka, adakah kita pun nak orang tengok kita dalam keadaan macam tu?," soalnya.

Pada pagi Khamis, gambar mangsa rentung dalam kebakaran di pusat tahfiz itu tular di media sosial.

Tindakan itu turut mendapat kecaman netizen yang meminta penyebaran gambar tersebut supaya dihentikan.

@W.n. Ziera berkata:" Berhenti sebarkan gambar mayat mereka. Cuba bayangkan jika itu jenazah kita atau ahli keluarga kita."

@Mohd Iswadi berkata:"Mohon jangan ditularkan gambar-gambar mayat yang terbakar itu. Hormati perasaan keluarga mangsa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah."

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi Khamis itu mengorbankan seramai 22 murid dan dua tenaga pengajar di pusat tahfiz tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semasa kejadian seramai 36 pelajar dan enam tenaga pengajar menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Kebakaran di tingkat atas bangunan tiga tingkat itu berlaku di mana terletaknya asrama pelajar yang tidur atas katil bertingkat.

Tags / Kata Kunci: kebakaran , pusat tahfiz

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan