Pecah Cermin, Terjun Tingkat 3 Selamatkan Diri

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 1:22 PM

Asrama pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang musnah dalam kebakaran pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Anak saya terpaksa memecahkan cermin, melompat keluar dari tingkat tiga dan terus ke awning di tingkat satu untuk menyelamatkan diri."

Demikian menurut Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Mohd Shahir, 11, ketika menceritakan detik-detik anaknya terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara awal pagi Khamis.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu semasa sedang membuat persiapan untuk solat Subuh sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran itu telah merebak pantas di tingkat tiga.

"Anak saya menyelamatkan diri bersama-sama  rakannya dengan memecahkan cermin , melompat dan memecahkan awning dibantu orang ramai yang berada di bawah," katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Khamis.

Sharifuddin, yang juga Anggota Jawatankuasa Surau Ittifaqah, surau berdekatan pusat tahfiz itu berkata Mohd Shahir, anak ketiga daripada empat beradik, kini menerima rawatan di HKL selepas melecur di bahagian belakang badan.

Menurutnya, bangunan pusat tahfiz itu baru setahun didiami dan dibina atas sumbangan surau.

Sementara itu, seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Maryani, 38, berkata, anaknya, Indera Kurniawan turut terselamat dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Beliau yang ditemui di perkarangan hospital berkata kejadian telah pun berlaku dan hanya mahukan doa daripada orang ramai agar anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan parah.

"Anak saya ditemui dalam keadaan muka hitam dan tidak sedarkan diri. Harap semuanya selamat," kata pekerja pembersihan dengan ringkas.Polis memaklumkan, kejadian itu meragut 24 nyawa terdiri daripada 22 pelajar tahfiz dan dua guru pusat tahfiz. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pusat tahfiz , kebakaran

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan