Tragedi Tahfiz: Agong Zahir Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 9:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Seri Paduka turut menzahirkan ucapan takziah kepada ibu bapa dan seluruh anggota keluarga pelajar dan guru yang terkorban dan cedera dalam tragedi menyayat hati itu.

"Seri Paduka berdoa semoga anggota keluarga yang terlibat dengan tragedi yang menyedihkan ini diberikan kekuatan, keimanan dan kesabaran atas ujian Allah ini.

"Seri Paduka menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa agar roh pelajar-pelajar dan guru tahfiz yang terkorban itu ditempatkan bersama orang-orang beriman dan para solihin.

"Sesungguhnya, pada ketika ini negara sedang bersedih dengan tragedi ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Sultan Muhammad V juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu pelajar-pelajar, guru dan keluarga dalam menghadapi situasi sukar itu.-Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan