Rakyat Malaysia Terbabit Kebakaran Rumah Airbnb Di Christchurch

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 5:39 PM

-foto stuff.co.nz

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan 10 orang rakyat terbabit dalam kebakaran di Clifton, Christchurch, New Zealand pada Ahad.

Wisma Putra berkata dua orang daripada mereka dikejarkan ke Hospital Umum Christchurch untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ia berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan mereka dan akan menghulurkan bantuan yang perlu.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat High Commission of Malaysia, Wellington 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6141 New Zealand."

Kementerian Luar turut menyampaikan simpati kepada mangsa kebakaran.

Kebakaran turut memusnahkan rumah Airbnb yang disewa sekumpulan pelancong Malaysia yang turut berusaha memadam kebakaran yang bermula kira-kira 8.30 malam itu.

Dilaporkan api memusnahkan rumah kayu tiga tingkat di Clifton Terrace di tepi pantai di pinggir Sumner.

Enam orang dibawa ke hospital dengan empat orang daripada mereka mengalami kecederaan sederhana dan dua kecederaan ringan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: rakyat Malaysia , Clifton Terrace

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan