“Lebih 100 Tahi Lalat, Sampai Rasa Nak...”

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

Evita Patcey Edgar Delmundo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gadis ini dahulunya tertekan dengan asakan soalan demi soalan mengenai tahi lalat yang memenuhi hampir seluruh wajah dan badannya.

Sering kali mengurungkan diri di dalam bilik dan menangis, tetapi tindakan itu hanya membuatkan dia kurang yakin berdepan dengan khalayak.

Itulah yang dirasai Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, sebelum dia kini menjadi lebih yakin sehingga bertuah apabila disenaraikan dalam saringan 50 peserta awal bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2018.

Dia dan keluarga pernah berjumpa dengan doktor pakar mengenai tanda kelahirannya dan kali terakhir semasa usianya 18 tahun.

Evita pernah berhasrat untuk membuang tahi lalat pada wajah dan badannya.

Evita yang berasal dari Kudat, Sabah ini memberitahu bahawa ia hanyalah tahi lalat biasa cuma bilangannya terlalu banyak.

“Banyak sangat, tak terkira. Mungkin lebih 100 tahi lalat ada di muka dan seluruh badan. Masa kecil dulu pernah terfikir nak buang sebab sering diejek dan dihina.

“Tapi tak boleh buang sebab tahi lalat tumbuh di seluruh badan. Kalau nak buang, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan saya,” katanya kepada mStar Online.

Evita terpilih dalam saringan 50 peserta awal Miss Universe Malaysia 2018.

Walaupun pernah berhasrat untuk membuang kesemua tahi lalat, tetapi anak kedua dari lima beradik ini kini lebih selesa dengan penampilannya itu.

“Saya lebih yakin dengan keadaan sekarang. Kalau saya buang (tahi lalat), saya bukan lagi Evita. Saya bangga dengan diri saya sekarang.

“Sebab ini adalah anugerah Tuhan. Jika saya buang, ia menunjukkan saya tidak menghargai ciptaan Tuhan,” kata anak kedua daripada lima beradik ini.

Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Evita turut mendedahkan bahawa dia tidak perlu bersolek tebal dan tidak pernah mengenakan bedak asas pada wajahnya.

“Saya tidak perlu bermekap tebal untuk menutup tahi lalat pada wajah. Biarlah orang melihat tahi lalat ini sebagai keunikan saya.

“Lagipun, kecantikan bukan hanya terletak pada wajah semata-mata, tetapi cantik juga perlu diserlahkan secara dalaman,” katanya yang pernah menjadi mangsa buli semasa kecil sehingga diejek sebagai 'monster' (raksasa).

Mahu tahi lalatnya dilihat sebagai keunikan dirinya.

Evita bersyukur kerana ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas diumumkan 50 peserta awal dalam pertandingan ratu cantik berprestij itu.

Sebagai persediaan awal, dia yang berbakat menyanyi dan bermain gitar akan berlatih berkomunikasi, cara berjalan ‘catwalk’ selain memperbanyakkan pengetahuan am.

“Ada 49 gadis cantik lain turut disenaraikan. Jadi, saya perlu berusaha lebih keras untuk menonjolkan sesuatu seperti kebolehan yang lain daripada lain,” katanya yang tidak mahu menjadikan keunikan tahi lalat sebagai sandaran disenarai pendek bagi merebut gelaran yang diidamkan ramai wanita. 

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan