Ralat Tak Bergambar Bersama Tuanku

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 8:06 AM

Gambar fail Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) dan Tuanku Hajah Haminah bersama rakyat. (Gambar kecil) Wan Noriza Meor Idris.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada petang Isnin begitu mengejutkan rakyat jelata kerana baginda cukup terkenal sebagai seorang raja berjiwa rakyat.

Kemangkatan Almarhum baginda turut meruntun hati seorang wartawan The Malay Mail yang pernah berjiran dengan Almarhum ketika masih bergelar Yang di-Pertuan Agong iaitu sekitar 2013.

Wan Noriza Meor Idris memberitahu mStar Online, dia dan keluarganya pernah beberapa kali berselisih dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim ketika menetap di sebuah kondominium mewah di Taman Tun Dr Ismail di sini.

"Almarhum baginda seorang yang sangat pemurah dengan senyuman dan cukup bersahaja ketika kami bertemu beberapa kali.

"Kenangan yang terpahat dalam ingatan saya, sudah tentu kemesraannya terhadap orang lain tanpa mengira status," katanya.

Tambah Wan Noriza, Almarhum Tuanku Abdul Halim berkenan memberikan laluan kepadanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak pertama tatkala mereka bertembung di lobi kondominum tersebut.

"Saya nampak Tuanku yang ketika itu dan sebagai tanda hormat saya ingin beri laluan kepadanya, namun sebaliknya baginda yang memberi laluan kepada saya.

"Setiap kali saya berselisih dengan Tuanku, kami hanya bertukar senyuman dan saya rasa sedikit ralat kerana tidak mengambil peluang untuk bergambar dengannya sebagai tanda kenangan.

"Kalau boleh diputar masa, saya ingin bergambar dengan Tuanku kerana baginda seorang yang sangat berjiwa rakyat," ujarnya.

Kata Wan Noriza, dia mendapat tahu mengenai berita kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim daripada suaminya yang juga seorang pengamal media sekitar pukul 3 petang Isnin.

“Semoga Tuanku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan