Jenazah Almarhum Sultan Kedah Selamat Disemadikan

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 7:04 PM

Tuanku Hajah Haminah menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar hari ini

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, petang Selasa.

Almarhum Sultan Abdul Halim , 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 2.30 petang Isnin selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.

Jenazah Almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.

Sebelum itu pada pukul 10.30 pagi,  Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengimamkan solat jenazah di Dewan Penghadapan.

Pada pukul 2.30 petang, pedati khas yang membawa jenazah Almarhum keluar meninggalkan Istana Anak Bukit dan tiba di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang.

Sebaik istiadat pemakaman selesai kira- kira pukul 4.45 petang , Syeikh Fadzil Awang dan Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengetuai bacaan talkin dan Syeikh Alauddin Abu Bakar memimpin bacaan tahli dan doa.


Berangkat sama ke Makam Diraja ialah Sultan Kedah yang baru dimasyurkan, Tunku Sallehuddin  Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan negeri turut hadir.

Hadir sama,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Jamil Khir Baharom  dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.Rakyat pelbagai lapisan turut  ke Makam Diraja Langgar untuk menyaksikan istiadat pemakaman itu.

"Rakyat Kedah hari ini berdukacita dengan kehilangan Sultan Abdul Halim yang disifatkan sebagai seorang Sultan berwibawa dan berjiwa rakyat.

"Saya yakin Tunku Sallehuddin akan mengikut jejak langkah Almarhum dalam memerintah negeri ini,"  kata Ismail Abu, 57 yang ditemui di sini.

Nur Rosmah  Wahab,  33, dari Pendang berkata beliau datang ke Makam Diraja Langgar semata-mata mahu melihat istiadat pemakaman.

"Sebelum itu saya dan suami ke Istana tetapi tidak dapat masuk kerana terlalu ramai orang lalu membuat keputusan ke makam sebab berasa jiwa tak tenang jika tak datang melihat istiadat ini yang membabitkan seorang Sultan berjiwa rakyat, " katanya.

Sebanyak 89 das tembakan dilepaskan oleh pasukan artileri bersamaan usia Almarhum baginda sehingga jenazah tiba di makam.

Tembakan pertama dilepaskan sebaik pedati keluar meninggalkan Istana dan tembakan ke 89 sebaik jenazah tiba di makam pukul 4 petang.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Almarhum Sultan Kedah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan