Jamal Bawa Tukul Ke Balai Polis

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 7:40 PM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Datuk Seri Jamal Yunos hadir ke balai polis memberi keterangan selepas tindakannya menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja minggu lalu.

Berikutan tindakannya itu, beberapa pihak dan individu membuat laporan polis.

Menurut Jamal, penukul yang digunakannya minggu lalu itu turut diminta diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Selepas sidang media itu, saya dimaklumkan beberapa pihak dan individu membuat laporan polis terhadap kami dan rakan-rakan (kami yang) lain kononnya kami ini menakutkan, samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

“Kami rasa sangat hairan dan sangat sedih. Kami ini pemimpin politik dan NGO, terutama dalam Selangor dan apa kami bawa ini isu masyarakat iaitu tentang apa berlaku di Selangor terlalu banyak kedai judi,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Pada 5 September lalu, Jamal memberi amaran supaya kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pusat judi atau berdepan tindakan “di luar batas undang-undang”.

“Jika majlis (PBT) tidak mengambil tindakan dalam dua minggu lagi jangan salah kami rakan-rakan NGO bertindak di luar daripada lunas undang," ujar ketua Umno Sungai Besar itu.

Tambah Jamal, beliau tetap menggesa kerajaan Selangor membekukan lesen pusat hiburan dan keluarga serta membatalkan lesen yang dikeluarkan sebelum ini oleh PBT.

Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan