Kisah Teh Tarik Tuanku

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: P.Sivagnanam (gambar) pastinya berbangga apabila mengenang kembali Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah sering memuji teh tarik yang dibuatnya.

“Almarhum baginda boleh minum kopi-o di tempat-tempat lain, tetapi setiap kali baginda bermain golf di Harvard Golf and Country Club, baginda pasti akan meminta saya buat teh tarik,” kata bekas tukang masak berusia 78 tahun itu.

Sivagnanam bertemu dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim pada tahun 60-an semasa dia berkhidmat di kelab berkenaan. 

Katanya, Almarhum baginda tidak menghantar pembantu, pengawal peribadi mahupun kedi, sebaliknya Almarhum sendiri yang akan memesan teh tarik.

“Selepas itu, Almarhum akan meminta pengawal peribadinya untuk menyampaikan pesanan bahawa baginda menyukai teh itu,” ujarnya dengan penuh bangga.

Tambah Sivagnanam, dia sering berkongsi cerita dengan anak-anaknya mengenai Almarhum baginda yang menyukai masakan India seperti tosai, nasi beriani dan daging kambing masak kurma.

“Kami amat merindui Almarhum baginda. Kami hanya melihat baginda di kaca televisyen selepas baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970-an.

“Saya amat berduka di atas kemangkatan Almarhum baginda kerana tidak lagi berpeluang untuk bertemu dengan baginda selepas ini," katanya sambil menyifatkan Almarhum Tuanku Abdul Halim seorang sultan yang baik.

Tags / Kata Kunci: P. Sivagnanam

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan