UPSR Akan Diteruskan - Mahdzir

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 12:20 PM

Mahdzir Khalid diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul ketika meninjau murid yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya pada Isnin. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan sehingga tiba masa yang sesuai untuk ia digantikan dengan sistem lain.

Beliau berkata kajian untuk mengenal pasti sistem yang sesuai masih dijalankan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ibu bapa.

“UPSR akan diteruskan sehingga kita selesai (berbincang dengan semua pihak). Urusan ini panjang (mengambil masa yang lama). Urusan dengan ibu bapa, profesional, kesatuan, ahli akademik, semua sekali perlu duduk bersama.

“Bukan mudah kalau hendak buat sesuatu yang luar biasa ini (menukar UPSR). Jadi UPSR akan berjalan dulu sehinggalah (tiba) masa yang sesuai kita tukar,” katanya kepada pemberita.

Beliau melawat Sekolah Kebangsaan Sri Gaya di sini bagi meninjau perjalanan UPSR yang bermula di seluruh negara hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad,  Ketua Pengarah  Jabatan Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

Seramai 443,794 calon UPSR di seluruh negara termasuk kira-kira 44,000 di Sabah menduduki peperiksaan itu yang daripada jumlah berkenaan seramai 433,536 murid merupakan calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan manakala selebihnya adalah calon sekolah swasta.

Sementara itu Mahdzir berkata laporan pencapaian murid Tahun 6 bagi tahun ini akan dibuat secara holistik merangkumi bukan sahaja aspek akademik atau keputusan UPSR, tetapi juga aspek kokurikulum, sahsiah diri, sukan dan sebagainya di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

“Jadi markah bagi seseorang pelajar itu bukan sahaja dalam akademik. Kita hendak lihat pencapaian pelajar itu secara holistik. Sebab itulah guru kena bagi (markah) di sekolah,” katanya.

Menurutnya, pentaksiran berkenaan adalah untuk faedah pelajar sendiri apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kelak.- Bernama

Tags / Kata Kunci: UPSR

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan