“Tuanku Tidak Akan Biarkan Sesiapa Menunggu”

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cucunda Almarhum Sultan Kedah, Raja Sarina Iskandar memuat naik gambar berserta catatan yang menyentuh hati tentang Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman sosial.

Baginda disahkan mangkat pada pukul 2.30 petang, Isnin.

Melalui posting Instagram tersebut, Raja Sarina berkata, Kedah dan Malaysia telah "kehilangan salah seorang raja terhebat".

"Dedikasi Tuanku kepada Kedah dan Malaysia memberikan inspirasi kepada saya ketika membesar. Ketika Tuanku ditabalkan sebagai Agong buat kali kedia pada usia 83 tahun, saya ikut tinggal bersama di Istana Negara.

"Ketika itu saya lihat pertama kali kehidupan di sebalik tabir Tuanku," katanya.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mangkat

Tuanku Abdul Halim mencipta sejarah apabila Baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada tahun 2012, kali pertama adalah pada tahun 1970.

Raja Sarina ketika menghadap Tuanku Abdul Halim dalam satu istiadat yang berlangsung di istana. - Instagram @sarinaiskandar.

Baginda menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14 pada Disember tahun lalu dan digantikan oleh pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad V.

Raja Sarina yang merupakan graduan bidang kewartawanan menceritakan bagaimana dia melihat Tuanku Abdul Halim menagguhkan waktu makan untuk berlatih membaca titah atau ketika bekerja di pejabatnya.

"Siapakah orang yang berumur 80 tahun ke atas yang akan berbuat sebegitu? Kebanyakan daripada kita mengimpikan untuk bersara ketika berumur 50 tahun sekiranya boleh! Tapi Tuanku tidak boleh berbuat begitu sekalipun Tuanku mahu.

"Dan kadang-kadang tidak ramai orang tahu bahawa Tuanku sedang gering, tapi Tuanku masih meneruskan tugas sebagai Agong dan Sultan," katanya.

Tambahnya, Tuanku Abdul Halim turut pernah meninggalkan hospital untuk menghadiri majlis-majlis rasmi.

"Sekiranya boleh, Tuanku akan meninggalkan wad dan saya menonton di televisyen, melihat Tuanku beramah mesra dengan Perdana Menteri, para Menteri dan rakyat seperti biasa.

"Tapi, sebaik sahaja majlis itu tamat, Tuanku akan pulang ke wad hospital dengan tiub yang berselirat di badan. Walaupun gering, Tuanku tetap akan menepati masa. Tuanku tidak akan biarkan sesiapa menunggu," katanya.

Raja Sarina.

"Inilah sisi seorang Raja (Tuanku) yang tiada siapa tahu. Tuanku tidak hanya bersemayam di atas takhta sambil menikmati kekayaan biarpun apa yang orang ramai fikir.

"Ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan kerana Tuanku tidak boleh memiliki kehidupan yang normal. Tiada privasi dan jadual harian yang normal. Status Tuanku adalah amanah daripada Allah," katanya.

Tambah Raja Sarina, segelintir orang sukar memaafkan apabila terdapat pemimpin yang melakukan kesilapan, "dan 'Tok' saya akan selalu pastikan bahawa dia telah lakukan yang terbaik.

"Apabila saya memberitahu kepadanya bahawa ada blog atau seseorang menghina Baginda, Tuanku tidak pernah murka. Baginda sungguh tenang dan bertitah: "Saya sudah lakukan yang terbaik."

"Tuanku telah lakukan yang terbaik dan lebih daripada itu dalam seluruh hidup Tok. Saya boleh menjadi puteri yang baik kerana tunjuk ajar Tuanku. Saya sayang sangat pada Tok; Tuanku ialah Sultan selamanya bagi saya. Al-Fatihah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan