Beroperasi Secara Percuma Di Tapak Sementara

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 3:53 PM

Tingkat atas pasar basah dua tingkat di Seremban musnah dalam satu kebakaran pada malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seramai 327 peniaga yang dipindahkan setelah kebakaran memusnahkan tingkat atas pasar basah Seremban tidak akan dikenakan sebarang sewa sepanjang beroperasi di lokasi sementara iaitu di tapak letak kereta pasar berkenaan.

Ketua Belia MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersetuju mengenai perkara tersebut setelah berbincang dengan persatuan peniaga.

“Peniaga yang terjejas hanya perlu membayar sewa setelah mereka kembali beroperasi di lokasi lama. Buat masa sekarang, mereka boleh meneruskan perniagaan di tapak sementara tanpa bayaran sewa,” ujarnya selepas mesyuarat bersama beberapa peniaga terjejas pada Ahad.

Chong berkata, MPS memerlukan lapan hingga 10 bulan untuk menjalankan baik pulih tingkat atas yang musnah 80 peratus dalam kebakaran tempoh hari.

Ujarnya, baik pulih hanya akan bermula setelah pakar mengesahkan bahawa bangunan itu selamat.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat serta jurutera MPS memerlukan sekurang kurangnya dua minggu untuk mengesahkan tahap keselamatan bangunan itu,” katanya.

Menurut Chong, peniaga yang beroperasi di tapak atas tanah boleh meneruskan operasi seperti biasa kerana mereka tidak terjejas dengan kejadian itu.

“Pihak berkuasa juga akan menyalurkan bekalan eletrik dan air sehingga mereka berpindah masuk namun mereka yang ingin menggunakan peti perlu mendapatkan penjana kuasa sendiri.

Katanya lagi, pihak berkuasa juga akan membaik pulih tandas awam di tingkat bawah dan menyediakan tandas bergerak untuk kemudahan peniaga dan pengguna.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan