Kembara Mahkota Johor 2017 Bermula

Diterbitkan: Sabtu, 9 September 2017 2:13 PM

Sultan Ibrahim and Raja Zarith Sofiah memulakan KMJ 2017 dari Dataran Bandaraya, Johor Bahru. - Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan perjalanan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 sejauh 800 kilometer (km) ke 10 daerah di negeri itu bermula pagi Sabtu.

Upacara pelepasan edisi KMJ ke-20 itu berlangsung pada pukul 8 pagi di Dataran Bandaraya di sini.

Turut menyertai ekspedisi tersebut ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Zofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che PUan Khaleeda Bustamam serta anakanda Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan beberapa orang kerabat Diraja Johor.

Buat pertama kali dalam sejarah KMJ, Sultan Ibrahim dan keluarga menjalani ekspedisi dengan menaiki beberapa kereta vintaj tiga roda Morgan.

Kereta tersebut mula direka pada 1909 oleh Morgan Motor Company Ltd di United Kingdom.

Ekspedisi itu akan tamat pada 12 September di Hutan Bandar Putra di Kulai.

Tags / Kata Kunci: Kembara Mahkota Johor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan