Kecoh Ulat Dalam Pinggan Restoran Nasi Kandar Di Ipoh

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sekeping gambar menunjukkan seekor ulat di atas pinggan berisi nasi di sebuah restoran nasi kandar terkenal di sini menjadi tular di media sosial.

Seorang pelanggan berusia 40-an dari Selangor mendakwa dia pergi ke restoran itu pada Rabu untuk makan tengah hari.

Semasa ingin menikmati hidangannya, dia menjumpai seekor ulat di dalam makanan tersebut.

Lelaki itu membuat laporan polis di balai polis Pekan Baru mendakwa maklum balas daripada kakitangan restoran itu tidak memuaskan.

Namun, laporan balas turut dibuat di balai polis daerah Ipoh mendakwa terdapat individu yang mahu menjejaskan reputasi restoran terkemuka itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata keselamatan dan kebersihan makanan sentiasa menjadi keutamaan jabatan itu semasa menjalankan pemeriksaan mengejut.

Katanya, tindakan turut diambil ke atas premis yang gagal mematuhi standard yang ditetapkan.

"Dalam kes ini, saya akan meminta jabatan untuk menghantar segera pasukan melakukan pemeriksaan terhadap premis itu dan menjalankan siasatan," katanya.

Ketika ditemui di premis itu, pemiliknya berkata ia bukan pertama kali segelintir individu membuat dakwaan terhadap makanan yang dihidangkan di restoran terbabit.

Katanya, memandangkan ramai pengunjung dari Perak dan beberapa negeri lain selalu menikmati hidangan di sana termasuk ahli politik dan orang kenamaan lain, mungkin terdapat segelintir pihak yang cemburu.

"Saya fikir ini kali ketiga atau keempat, pengunjung membuat kenyataan viral yang tidak benar.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap sesiapa yang terus membuat dakwaan sebegitu," katanya.

Pemilik restoran itu mendakwa pegawai inspektor kesihatan Majlis Bandaraya Ipoh telah melakukan pemeriksaan ke atas premis terbabit pagi Khamis dan mendapati tiada masalah yang timbul.

Tags / Kata Kunci: ulat , restoran nasi kandar , Ipoh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan