Azhar Dilantik Pengerusi FGV

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 2:19 PM

Azhar Abdul Hamid.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baharu, berkuat kuasa pada Jumaat.

"Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Najib berkata, sebagai sebuah syarikat tersenarai, dengan pegangan majoriti oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kejayaan FGV sangat penting untuk manfaat warga peneroka Fekda.

“Oleh itu, selaras dengan kuasa yang diperuntukan di bawah Hak Pemegang Saham Khas menerusi Artikel (80)1 Memorandum dan Articles of Association FGV, saya mengumumkan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi  FGV, berkuatk kuasa 8 September 2017,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Azhar pernah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd.

Beliau juga ialah ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), United Kingdom dan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sulaiman Mahbob, Pemangku Pengerusi FGV sejak Jun 19, 2017 atas sumbangan beliau kepada FGV, walaupun sibuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Bhd pada waktu yang sama.

Pada 12.20 tengah hari, saham FGV naik satu sen kepada RM1.60. - Bernama

Tags / Kata Kunci: FGV , Felda

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan