Kerajaan Tak Cadang Ubah Mekanisme Penetapan Harga Petrol

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 8:42 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan tidak bercadang untuk menukar mekanisme sedia ada dalam menetapkan harga minyak secara minggu kerana ia adalah kaedah terbaik dalam mengawal harga minyak untuk rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata  mekanisme penetapan harga petrol dan diesel itu terbaik pada situasi masa kini apabila dapat mengawal harga kedua-dua jenis minyak itu dibawah RM2.40 seliter sejak Mac lepas.

"Sejak mekanisme baharu penetapan harga petrol dan diesel mula diperkenalkan pada Mac 2017 harga minyak pada masa itu adalah RM2.40 seliter dan harga purata adalah masih di bawah RM2.40 seliter.

"Ini membuktikan bahawa mekanisme yang diguna pakai itu sudah baik dan kita patut terimanya untuk masa depan negara yang lebih baik," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga bahan api itu sejak kebelakangan ini.

Harga runcit mingguan minyak bagi petrol RON95 dan RON97 naik empat sen masing-masing kepada RM2.20 dan RM2.48 seliter bermula 7 September hingga 13 September, manakala harga runcit bagi diesel pula naik satu sen kepada RM2.05 seliter.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Getthis.com di Pusat Dagangan Antrabangsa (MITC), Ayer Keroh yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Hamzah berkata pihaknya bercadang untuk meningkatkan jumlah tuntutan pengguna di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia  (TTPM)  kepada tahap yang lebih tinggi lagi.

"Pada ketika ini tuntuan yang boleh dibuat hanya setakat RM20,000 sahaja dan kita bercadang untuk membuat penambah baikan supaya jumlah tersebut dipertingkatkan lagi bagi menjaga hak orang ramai.

"Jika kita lihat ramai orang yang membuat aduan di TTPM, malah ada yang membuat tuntutan sehingga RM100,000 namun kita tidak boleh mengambil tindakan kerana  peruntukan yang diberikan hanya RM20,000," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: harga petrol , KPDNKK

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan