LHDN Nafi Letak KPI Untuk Pegawai Audit

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan menetapkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) kutipan cukai berjumlah RM6 juta bagi setiap pegawai auditnya, seperti mesej yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Lembaga itu berkata sasaran kutipan tahunannya ditetapkan oleh kerajaan dan dimaklumkan kepada umum semasa pembentangan bajet tahunan negara oleh Menteri Kewangan.

Oleh itu, menurutnya inisiatif dan strategi LHDN bagi mencapai sasaran tersebut telah dirancang seawal November 2016 dan dilaksanakan mulai Januari 2017.

"Adalah dimaklumkan juga bahawa inisiatif, strategi, sasaran dan pencapaian ini dipantau oleh Kementerian Kewangan dan Anggota LHDN, di mana Anggota LHDN terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta," katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Mesej WhatsApp yang tular itu mendakwa LHDN sedang agresif mengutip cukai bagi mencapai sasaran berjumlah RM127 bilion pada tahun ini, dengan setiap pegawainya perlu mencapai KPI sebanyak RM6 juta.

LHDN berkata pihaknya juga memandang serius tohmahan bahawa pegawainya bertindak tidak profesional semasa menjalankan audit gara-gara sasaran yang ditetapkan itu.

Menurutnya trend pencapaian kutipan semasa menunjukkan peningkatan positif berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Selain itu, katanya perkembangan ekonomi negara sebanyak 5.8 peratus dalam suku kedua tahun ini, seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara pada 18 Ogos lepas, menunjukkan ekonomi Malaysia mampu melepasi unjuran yang ditetapkan pada sekitar 4.3 hingga 4.8 peratus.

Justeru, LHDN berkata perkembangan ekonomi positif yang dipacu oleh strategi penguatkuasaan dan pendidikan cukai LHDN pada tahun ini, lembaga itu akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemungut hasil utama negara berdasarkan perundangan percukaian yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, LHDN juga mengingatkan pembayar cukai untuk menyimpan semua rekod berkaitan pendapatan dan perbelanjaan selama tujuh tahun, seperti yang termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi memudahkan semakan sekiranya diaudit oleh LHDN.

Orang awam juga dinasihatkan untuk menghubungi LHDN sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan semasa proses audit dijalankan menyertakan maklumat lengkap berkenaan nama pegawai, waktu audit dan isu yang berlaku perlu bagi memudahkan tindakan pihaknya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LHDN , KPI

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan