Tiada Cadangan Kotak Rokok Mini

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 7:58 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat pembekal tembakau menafikan terdapat cadangan untuk memperkenalkan pek rokok bersaiz kecil di Malaysia.

British American Tobacco Malaysia berkata, cadangan itu adalah untuk membenarkan penjualan pek kecil 10 batang kepada perokok dewasa.

Syarikat itu berkata demikian menerusi emel bagi memberi maklum balas berkenaan muka depan The Star baru-baru ini mengenai syarikat pembekal tembakau diminta untuk memperkenalkan semula pek kecil di pasaran.

"Terdapat perbezaan. Pertama, wujud segelintir perokok dewasa yang memilih untuk terus merokok dan kerana mereka tidak mampu membeli pek pada harga RM17, mereka telah merokok menggunakan rokok haram berharga RM3 hingga RM5," katanya.

Ia berkata, objektif pek yang lebih kecil adalah untuk menyediakan lebih banyak alternatif berkemampuan yang bukan haram kepada segmen perokok dewasa.

"Ancaman terbesar perniagaan kami adalah rokok haram yang menguasai pasaran sehingga 60 peratus," katanya.

Ia menjelaskan bahawa duti eksais ke atas rokok meningkat dengan ketara tetapi statistik menunjukkan bahawa jumlah penggunaan rokok meningkat apabila orang memilih rokok haram.

JT International (JTI Malaysia) mempersoalkan tentang rokok haram telah membanjiri hampir 60 peratus daripada pasaran, sehingga menyebabkan golonga belia mula merokok.

Tiga juta daripada kira-kira lima juta perokok di negara ini kini merokok produk haram, dan ia mendakwa bahawa keadaan tersebut memberi kesan kepada perniagaan yang mengikut undang-undang dan hasil kerajaan.

Tags / Kata Kunci: rokok

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan