Haramkan Permainan ‘Blue Whale Challenge' - CAP

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 4:06 PM

S M Mohamed Idris menunjukkan majalah luar negara yang memaparkan kesan bahayanya permainan Blue Whale semasa sidang akhbar di pejabatnya pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan permainan dalam talian ‘Blue Whale Challenge' yang disifatkan boleh mendorong golongan remaja melakukan aktiviti berbahaya.

Pengerusi CAP S.M Mohamed Idris berkata walaupun setakat ini permainan itu belum memasuki Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil langkah sewajarnya  untuk mengharamkan permainan itu di negara ini.

“CAP memandang perkara itu (Blue Whale Challenge) sebagai sesuatu yang serius kerana ia cenderung mengajak pemain untuk melakukan aktiviti berbahaya termasuk terjun bangunan,” katanya pada sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata cabaran permainan yang didakwa wujud di beberapa negara itu bermula apabila ‘kurator' yang menyampaikan mesej persendirian kepada pemain dalam media sosial menjemput mereka untuk bermain dengan syarat mereka tidak boleh berhenti sebaik sahaja bersetuju untuk mula bermain.

“Kurator kemudiannya memberikan pemain satu siri tugasan berbahaya dalam tempoh 50 hari termasuk melukakan diri sendiri, bangun seawal 4.20 pagi setiap hari, menonton video berlumuran darah yang dihantar kurator, mendengar lagu memurungkan, mengunjungi tanah perkuburan secara bersendirian dan berdiri di belebas bangunan tinggi,” katanya.

Beliau berkata setiap tugasan yang diterima pemain perlu dirakam secara video atau difotokan supaya pentadbir (administrator) mempunyai bukti dan kesahihan tugasan termasuk membunuh diri.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa ibu bapa agar memantau aktiviti media sosial anak-anak mereka bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam permainan yang boleh membawa keburukan itu.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Blue Whale Challenge , CAP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan