UM Duduki Ranking 400 Teratas

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menduduki tempat antara 400 teratas dalam Times Higher Education World University Rankings 2018, termasuk dalam senarai 1,000 universiti teratas dari 77 negara.

Dalam kenyataan pada Rabu, Times Higher Education (THE) berkata UM, yang baru dimasukkan ke dalam senarai itu, termasuk dalam kelompok 351-400, manakala Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), yang disenaraikan untuk julung kalinya, masing-masing termasuk dalam kelompok 501- 600 dan 801-1,000.

Tiga universiti itu adalah antara lapan universiti Malaysia yang termasuk dalam 1,000 universiti teratas, berbanding tujuh pada 2017.

Lima universiti lagi ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas, yang termasuk dalam kelompok 601-800.

"Malaysia adalah satu daripada negara universiti memuncul di Asia. Ia mencatat satu daripada kadar pertumbuhan terpantas dari segi penghasilan kertas penyelidikan (walaupun pada asas rendah), keupayaan latihan Doktor Falsafah (PhD) telah meningkat dan memiliki kemampuan besar yang diperlukan untuk melabur dalam sektor pendidikan tinggi.

“Sekiranya Malaysia memanfaatkan ciri ini, ia boleh menambah baik rankingnya dalam masa dua tahun akan datang,” kata THE.

Pengarah Editorial THE Global Rankings Phil Baty berkata adalah menggembirakan apabila melihat Malaysia menambah baik kedudukannya dari segi ranking, walaupun persaingan semakin sengit, dengan beberapa negara Asia lain begitu melonjak kedudukan mereka.

"Malaysia telah lama dianggap sebagai satu daripada negara universiti memuncul paling terkemuka di Asia dan keputusan tahun ini menunjukkan usaha gigih yang dilakukannya kini mula membuahkan hasil,” kata beliau.

Baty berkata Malaysia perlu memastikan ia mampu mengekalkan pelaburannya dalam universiti jika ingin menambah baik kedudukannya di peringkat global.

THE World University Rankings adalah satu-satunya jadual prestasi yang membuat penghakiman tentang universiti berintensifkan penyelidikan, yang merangkumi bidang pendidikan, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan gambaran antarabangsa.

Di peringkat global, University of Oxford, United Kingdom (UK) kekal di tempat teratas dalam THE World University Rankings 2018; University of Cambridge, UK (tempat kedua), California Institute of Technology, Amerika Syarikat (Amerika) dan Stanford University, Amerika (tempat ketiga) dan Massachusetts Institute of Technology, Amerika (tempat kelima).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: UM , THE

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan