Kembar ‘Belangkas’ Ambil Jurusan Sama Di UTM

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 9:26 AM

Najwa (kiri) dan Nadiah pada hari pertama pendaftaran mereka di UTM.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kembar seiras Nurul Nadiah Abdul Halim dan Nurul Najwa Abdul Halim tidak boleh berpisah dan turut meneruskan pengajian dalam bidang yang sama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Gadis kelahiran Johor tersebut antara 6,101 pelajar baharu yang mendaftar di kampus utama UTM di Skudai untuk sesi pengajian ijazah sarjana muda dan peringkat sarjana.

Nadiah dan Najwa kedua-duanya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia selepas menghabiskan pengajian Diploma Pengurusan Teknologi di kampus UTM cawangan Kuala Lumpur.

"Majlis konvokesyen kami dijangka berlangsung bulan depan di Skudai dan ia akan memudahkan kami kerana sudah pun mendaftar di sini," kata Nadiah.

Walaupun dilahirkan di Johor Bahru, Nadiah dan Najwa, 21, berpindah ke Kuala Lumpur bersama keluarganya pada lapan tahun lalu.

Kata Nadiah, mereka percaya pada persaingan sihat sewaktu mengulang kaji pelajaran dan ia diamalkan sejak mereka di bangku sekolah lagi.

Najwa mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.43 di peringkat diploma manakala kembarnya, Nadiah pula 3.52.

Walaupun mereka tinggal bersama di asrama UTM, Nadiah sebilik dengan rakan baharu sementara bilik Najwa pula hanya terletak bersebelahan biliknya.

"Ia tidak jadi masalah selagi kami boleh ke kelas bersama-sama," kata Nadiah.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan