Wisma Putra Panggil Duta Myanmar

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wisma Putra memanggil Duta Myanmar ke Malaysia U Sein Oo untuk melahirkan rasa kurang senang Malaysia mengenai situasi terbaharu di negeri Rakhine.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Malaysia amat bimbang mengenai keganasan yang berterusan ke atas masyarakat Rohingya di negeri Rakhine.

Beliau berkata negara anggota Asean telah berkali-kali menggesa Myanmar mencari penyelesaian terhadap isu itu secara aman, tetapi negara tersebut tidak menunjukkan kesediaan atau keinginan untuk berbuat demikian.

“Walaupun kerajaan Myanmar telah memberi jaminan untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah itu, insiden baru-baru ini seperti dilaporkan secara meluas oleh media menunjukkan bahawa tidak banyak kemajuan, jika pun ada, dicapai, ” kata beliau.

Memandangkan perkembangan ini, Anifah berkata Malaysia percaya isu keganasan dan diskriminasi yang berterusan terhadap komuniti Rohingya harus dibawa ke forum antarabangsa yang lebih tinggi untuk dibincangkan.

Anifah juga berkata sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan yang memperjuangkan prinsip hak asasi manusia, masyarakat antarabangsa meletakkan harapan yang tinggi kepada Aung San Suu Kyi untuk mewujudkan keamanan dan perdamaian di Myanmar.

“Malaysia berharap bahawa beliau dapat memenuhi harapan ini tidak lama lagi,” kata beliau.

Media antarabangsa melaporkan bahawa keganasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya baru-baru ini di Rakhine adalah salah satu yang paling buruk dalam sejarah dengan lebih 90,000 daripada mereka melarikan diri ke  Bangladesh dan sesetengah daripada mereka terkandas di kawasan pergunungan tanpa apa-apa bekalan asas.

Tags / Kata Kunci: Wisma Putra

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan