Tangguh Dulu Perjalanan Ke Rakhine - Berita Semasa | mStar

Tangguh Dulu Perjalanan Ke Rakhine

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan yang tidak perlu disegerakan ke negeri Rakhine, Myanmar susulan kejadian keganasan yang semakin memuncak, menurut Kementerian Luar.

Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata rakyat Malaysia yang masih berada di Myanmar pula dinasihat supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu serta berwaspada dengan situasi keselamatan pada setiap masa.

"Rakyat Malaysia yang masih berada di  Myanmar juga dinasihat supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan dan perlu berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Yangon," menurut kenyataan itu.

Kedutaan Malaysia di Yangon boleh dihubungi di No.82, Pyidaungsu Yeiktha Road, Dagon Township, 11191 Yangon atau di talian (00) 951-220-251/(00) 951-220-230 dan e-mel:  mwyangon@kln.gov.my.

Tags / Kata Kunci: Myanmar , Rakhine
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan