Siapa Tetamu Tak Diundang Tu?

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jangan terkejut jika anda didatangi tetamu tak diundang.

"Siapa tu?"

Jawapannya adalah pihak berkuasa tempatan yang tugasnya untuk merampas barangan dalam kediaman yang pemiliknya gagal melangsaikan fi penyelenggaraan.

Malahan, rampasan itu telah bermula.

Buat pertama kali mengikut Akta Pengurusan Strata 2013, lima unit pangsapuri di Bangi, Selangor diserbu pada Mei lalu kerana pemiliknya gagal menjelaskan fi mencecah ribuan ringgit.

Susulan itu, barangan seperti televisyen, telefon pintar, malahan periuk nasi, tong gas turut dirampas badan pengurusan pangsapuri Suruhanjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Kajang dan Kementerian Kesejahtaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Barangan itu kemudiannya dilelong untuk melangsaikan hutang atau dituntut semula pemiliknya yang dapat menjelaskan fi berkenaan.

Lelongan itu antara langkah untuk menangani masalah itu.

"Langkah penguatkuasaan sama termasuk rampasan akan diperluaskan ke beberapa lokasi lain di seluruh negara," kata Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perkhidmatan Bandar, Mohd Syaifulrizal Mohd Bakar kepada The Star.

Malahan, lima lagi operasi yang dijalankan pihaknya adalah dengan kerjasama badan pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Kata Mohd Syaifulrizal berkata, tiada had minimum tunggakan fi ditetapkan untuk pihaknya merampas barangan pemilik unit kediaman.

"Jika badan pengurusan bersama (JMC) atau perbadanan pengurusan kondo atau pangsapuri telah mengeluarkan notis tuntutan bayaran dan ia tidak dijelaskan dalam masa 14 hari, penguatkuasaan boleh dijalankan.

"Waran kepada pemilik yang ingkar boleh diserahkan kedua-dua pihak terlibat dengan kerjasama COB dan kementerian," katanya.




Tags / Kata Kunci: COB , JMC , Akta Pengurusan Strata

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan