Identiti Pakcik Tioman Masih Misteri

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 12:42 PM

Ashraf Wajdi (gambar kecil) berharap agar lelaki yang ditemuinya di Bahau, Negeri Sembilan dapat pulang ke Pulau Tioman dengan selamat. - Facebook

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda yang sanggup berpatah balik ketika melihat kelibat seorang warga emas berjalan sendirian di Bahau, Negeri Sembilan sambil memegang dada hanya mampu berserah kepada Tuhan apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa lelaki itu.

Ashraf Wajdi Tukiman, 24, berkata dia dan dua lagi rakannya benar-benar mahu membantu warga emas tersebut kerana bersimpati dengannya selepas dimaklumkan dugaan hidup yang dilaluinya.

"Ramai yang meninggalkan komen, macam-macam versi dan mendakwa pernah berjumpa dengan pakcik itu. Tapi saya memang yakin kisah yang diceritakannya 100 peratus sahih.

"Kami bertiga kongsi duit dan hulurkan sebanyak RM100 kepadanya, cukup untuk dia gunakan beli tiket balik ke Pulau Tioman dan makan-makan sedikit," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Siapa Sebenarnya Pak Cik Tioman Ni?

Antara komen pengguna Facebook yang mendakwa turut pernah berjumpa dengan 'Pak Cik Tioman' di beberapa lokasi di Lembah Klang.

Mereka bertiga yang menunggang motosikal masing-masing sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur usai menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung rakan Ashraf Wajdi di Gemas.

Mereka menemukan lelaki yang hanya dipanggil 'Pakcik' itu ketika melewati Bahau, kira-kira 40 kilometer (km) dari Gemas.

"Kami sempat berborak selama setengah jam, namun tidak mengetahui nama sebenar pakcik itu.

"Selepas hulur wang kepadanya, dia menunggu bas di depan sebuah sekolah untuk pulang ke Pulau Tioman selepas mendapati pekerjaan yang ditawarkan di Bahau itu tidak wujud," jelasnya lelaki yang bekerja sebagai kru teknikal syarikat pengurusan majlis di ibu negara itu.

Ashraf Wajdi bagaimanapun mengakui tidak mengetahui tentang perkembangan terkini 'pakcik' tersebut.

Terdahulu, mStar Online pada Isnin melaporkan identiti seorang warga emas menjadi tanda tanya selepas seorang pemuda memuat naik posting meminta bantuan orang ramai menjejaki waris atau kenalan lelaki itu di laman sosial pada Ahad.

Pemuda yang bernama Ashraf Wajdi Tukiman itu turut memuat naik dua keping gambar warga emas tersebut bagi memudahkan orang ramai mengecamnya.

Simpati dengan nasib yang menimpa warga emas yang namanya tidak didedahkan itu, Ashraf Wajdi meminta sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan agar datang mengambilnya di kawasan berhampiran feri ke Pulau Tioman, Pahang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan