Kekal Teguh Tanpa Paku

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

CHUKAI: Menginjak usia 187 tahun, Masjid Lama Kampung Tuan yang popular kerana dibina tanpa paku terus menggamit kehadiran pengunjung yang mahu melihat dari dekat keunikan seni bina dan sejarahnya.

Limah Abdullah, 61, yang tinggal bersebelahan masjid itu sejak berusia 14 tahun berkata, pengunjung yang melawat masjid yang dibina menggunakan kaedah pasak itu tidak pernah putus ketika dia masih remaja sehingga memasuki usia emas ketika ini.

“Walaupun kedudukan masjid ini terlindung antara rumah-rumah penduduk tapi ramai yang datang ke masjid ini termasuk pelancong dari jauh.

“Kadang-kadang ada yang datang tanya makcik pasal masjid dan makcik ceritakan serba sedikit yang makcik tahu,” katanya.

Setelah menghampiri usia dua abad, masjid yang  diperbuat menggunakan kayu cengal itu juga dimakan usia menyebabkan ia terpaksa dibaik pulih namun pada masa sama keaslian reka bentuk dan keunikannya masih dikekalkan.

Terbaharu, Limah berkata, atap masjid itu baharu sahaja ditukar pada Januari lalu ekoran atap sedia ada pecah serta rosak.

“Masjid ini boleh muatkan 100 jemaah.

"Ramai juga pelancong yang berjemaah ke sini masa datang melawat.

“Apa yang menariknya masjid ini masih mempunyai telaga berdinding batu bata merah dibina sejak masjid ini didirikan,” katanya.

Masjid Lama Kampung Tuan yang dibina pada 1830 suatu ketika dahulu merupakan sebuah surau dan dibina oleh seorang guru agama berasal dari Pattani, Thailand, Syed Abdul Rahman Abdul Samad yang melarikan diri ke Kemaman akibat peperangan di tanah airnya.

Beliau membina surau itu bagi memudahkannya mengajar agama kepada penduduk kampung memandangkan kelasnya mendapat sambutan menggalakkan.

Kata Limah, jika masjid lain memiliki kubah, Masjid Lama Kampung Tuan terkenal kerana di puncak bumbungnya terdapat buah buton gergasi yang diperbuat daripada tembaga yang menjadikan identiti masjid itu lain daripada lain.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Masjid Lama Kampung Tuan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan