Viral: Wanita Dakwa Warung Caj RM80 Untuk Menu Ringkas

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Berapa agaknya harga bagi hidangan ringkas empat lauk bagi dua orang di warung nasi ekonomi?

Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Lim dari Kulim, Kedah mendakwa dia dikenakan bayaran RM80 untuk hidangan yang dimakan bersama suaminya berhampiran sebuah kuil di Jalan Pasar pada pukul 12.30 tengah hari, Ahad.

"Kami memesan dua potong ikan pari dalam semangkuk kari, semangkuk kacang panjang, tauhu sumbat lauk kerang, sepinggan tauge, darah khinzir gumpal dan dua pinggan nasi putih.

"Ketika kami sedang makan, pengusaha warung datang ke meja kami dan meminta bayaran sebanyak RM80.

"Saya amat terkejut. Bila saya tanya dia kenapa mahal sangat, dia kata semua benda mahal. ikan dan sayur pun ada  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Memandangkan kami sudah mula makan, kami tiada pilihan lain selain membayarnya. Walaupun ada GST, ia terlalu mahal.

"Saya anggarkan harga hidangan tersebut antara RM20 hingga RM30 sahaja," katanya.

Kata Lim, mereka terus hilang selera selepas itu dan terus meminta pengusaha terbabit membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang.

Selepas tiba di rumah, kata Lim, dia merakam dua keping gambar makanan itu dan memuat naik di Facebook.

"Saya tak merancang untuk buat aduan terhadap pengusaha itu tapi saya nak ingatkan orang awam untuk semak harga makanan sebelum makan," katanya.

Pemilik warung itu yang dikenali sebagai Ah Mao menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan makanan yang dipesan cuma berharga RM19.

"Saya biasanya caj RM10 untuk dua potong ikan pari, RM4 pula kari kacang panjang, RM1 untuk tauge, RM2 untuk darah khinzir gumpal dan RM1 untuk setiap pinggan nasi.

"Mustahil untuk kenakan bayaran RM80 untuk itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan