Lorong Kecemasan Bukan 'Hak' Motosikal

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 8:00 AM

Kenyataan seorang lelaki di laman sosial membangkitkan kemarahan netizen terutama penunggang motosikal.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki membangkitkan kemarahan netizen selepas mengeluarkan satu kenyataan yang didakwa menyokong kereta menggunakan laluan kecemasan. 

“Itu lorong kecemasan, bukan lorong motosikal. Motor tak ada hak nak marah kereta. 

“Tak muncul lagi signboard (papan tanda) dilarang melalui lorong kecemasan,” kata lelaki berkenaan yang kini tular di media sosial.

Kenyataan tersebut turut mendapat kecaman penunggang motosikal yang sebahagiannya menggunakan laluan itu terutama di lebuh raya.

Ramai mempersoalkan di manakah laluan sebenar untuk motosikal sekiranya pemandu kereta menyalahgunakan lorong kecemasan. 

Satu lagi kenyataan lelaki berkenaan di laman sosial.

Seorang netizen berkata: “Dah tu motor nak lalu mana? Lompat-lompat atas kereta ke apa?”

Malah ada netizen yang menganggap lelaki tersebut merupakan antara ‘spesis’ pengguna jalan raya yang suka memotong laluan kenderaan lain.

“Kalau motor lalu lorong kecemasan pun boleh kena himpit, cuba bayangkan kalau motor lalu kat tengah jalan, mesti kena sodok,” kata seorang lagi netizen.

Seorang netizen turut berang apabila berkongsi pengalamannya bersama keluarga yang nyaris terlibat dalam kemalangan akibat tindakan pemandu kereta lalu di lorong kecemasan.

“Kau ni dah menyusahkan orang. Disebabkan pemandu yang tak ada perasaan macam kau ni lah, aku dan keluarga nyaris nak kemalangan raya puasa lepas.

“Dah lah lalu kat laluan kecemasan, bawa macam nak lumba keta. Jenis manusia ‘sampah’ macam korang semua ni lah yang boleh membunuh pemandu lain,” katanya.

Antara komen netizen yang berang dengan kenyataan lelaki berkenaan.

Kenyataan lelaki tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan video yang kini tular, menunjukkan sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan sehingga menghimpit sebuah motosikal yang lalu di lorong yang sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ketika dihubungi mStar Online menegaskan bahawa lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan.

Sehubungan itu katanya, larangan tersebut turut dikenakan kepada penunggang motosikal.

“Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” katanya.

Menurut Wan Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987.

“Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tags / Kata Kunci: JPJ , lorong kecemasan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan