Hishamuddin Rais Salahkan Anwar Di Atas Kemelut PKR

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis reformasi, Hishamuddin Rais menyalahkan Ketua Umum Parti Keadilan  Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas apa yang sedang berlaku dalam pati itu sekarang iaitu kepada wujudnya perbezaan dan perbalahan pandangan di antara beberapa pimpinan mereka.

Katanya, perbezaan pendapat dalam parti politik, dalam badan bukan kerajaan (NGO) atau dalam apa sahaja badan mahupun persatuan adalah perkara biasa.

"Malah perbezaan pendapat wajib digalakkan untuk melahirkan percambahan pendapat. Tetapi ini agak berbeza daripada apa yang sedang berlaku dalam PKR sekarang.

"Perbezaan pendapat dan pandangan dalam PKR ini telah, sedang dan akan mengganggu Pakatan Harapan (PH) dalam saat dan masa yang amat kritikal - iaitu ketika menghadapi Pilihan Raya Uumum ke-14 (PRU-14).

"Pada hemat saya, perbezaan pendapat ini berpunca dari cara dan pendekatan Ketua Umum PKR sendiri iaitu Anwar Ibrahim dalam mengendali dan mengurus pimpinan," tegasnya dalam satu kenyataan kepada media.

Hishamuddin memberi contoh bagaimana dalam satu perkara yang sama Anwar telah memberi pandangan dan arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada sosok yang lain.

"Misalnya kepada Si Polan A Saudara Anwar telah memberi pandangan lain dari yang diberi kepada kepada Si Polan B. Dan agak berbeza juga dari yang diterima oleh Si Polan C. Ini menimbulkan kekeliruan. Buktinya apa yang sedang berlaku sekarang dalam agenda memutuskan kerjasama di antara PKR dengan PAS," ujarnya.

Cara atau pendekatan memimpin seperti ini, jelas Hishamuddin tidak baik kerana ia tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas.

"Hasilnya ialah cerai-berai," kata Hishamuddin lagi yang juga merupakan sahabat dan juga salah seorang penasihat Anwar.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati Anwar agar menggunakan tempoh masa yang banyak di dalam penjara untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bernas seperti menulis dan berkarya.

"Pada hemat saya, apa yang wajib dilakukan oleh Saudara Anwar Ibrahim ialah menulis, berfikir, menulis dan berfikir. Menulis dan berfikir tentang padangan dan teori dan falsafah politik yang wajib diajukan oleh dirinya kepada rakyat Malaysia.

"Penjara telah memustahilkan Anwar dari dapat membuat keputusan dan mengeluarkan pandangan tentang politik harian yang betul dan tepat.

"Dalam penjara Saudara Anwar tidak menerima semua pandangan dengan jelas. Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh aji-no-moto.

"Dalam penjara kita memiliki masa yang banyak. Justeru kita boleh membaca. Kita boleh menulis. Malah berangan-angan dan berkhayal dalam penjara bukan satu jenayah. Mengelamun dan bernostalgia juga boleh dilakukan tanpa gangguan dalam penjara." katanya lagi.



Tags / Kata Kunci: Hishamuddin Rais , Anwar Ibrahim , PKR

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan