Bayi Dalam Semak Dinamakan Muhammad Ehsan Adha

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bayi lelaki yang ditemui di dalam semak berhampiran kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah, Rompin dekat sini pada 27 Ogos lalu dinamakan Muhammad Ehsan Adha.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi itu kini ditempatkan di sebuah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

"Tahap kesihatan Adha (Muhammad Ehsan Adha) berada dalam keadaan memuaskan dan tidak mengalami kecederaan kecuali beberapa kesan gigitan serangga yang berkemungkinan disebabkan berada di dalam semak untuk tempoh 24 jam.

"Kesan gigitan serangga bagaimanapun telah hilang dan  Adha kelihatan semakin aktif dan menyusu dengan baik di bawah jagaan JKM," katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.

Pada 27 Ogos lalu, media melaporkan penemuan bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam plastik bersama-sama uri yang telah busuk di kawasan semak sekitar 10.15 malam oleh seorang peniaga Mohd Safarin Mohd Shahir.

Mohd Safarin mendakwa dia dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang lelaki Pakistan yang pada mulanya menyangka plastik tersebut berisi anak kucing sebelum kembali dan memeriksa isi kandungan plastik berkenaan beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata pemeriksaan kesihatan mendapati bayi seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan dalam keadaan cukup bulan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Muhammad Ehsan Adha

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan