Cuti Isnin, Tun M Bawa Isteri Naik MRT

Diterbitkan: Isnin, 4 September 2017 1:26 PM

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mencuba kemudahan MRT laluan Sg. Buloh-Kajang pada Isnin. - Twitter

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesempatan untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Aidiladha bersama keluarga tercinta tidak disia-siakan oleh warga kota setelah kerajaan mengumumkan tambahan cuti sehari pada Isnin sempena kecemerlangan kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Namun, kebanyakan lebuh raya utama negara kembali sesak sejak Ahad ekoran orang ramai sudah mula pulang ke ibu negara untuk memulakan tugas pada Selasa.

Cuti hujung minggu yang panjang itu turut menyebabkan pengangkutan awam 'berehat' seketika daripada kesesakan trafik, termasuklah Transit Aliran Massa (MRT) menjadi lengang.

Peluang yang hanya berlaku pada musim perayaan itu ternyata tidak dilepaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk mencuba kemudahan awam terbaru yang menjadi kebanggaan negara itu.

"Bersama isteri tersayang naik MRT Sg Buloh-Kajang hari ini," tulis Dr Mahathir di laman Twitter, Isnin.

Beliau yang segak berkemeja biru turut berkongsi beberapa keping gambar ketika sedang menaiki kenderaan awam tersebut dengan para pengikutnya.

Malah, Dr Mahathir sendiri dilihat merakamkan gambar sepanjang perjalanannya.

Setakat ini, posting tersebut sudang diulang kicau sebanyak 3,493 kali dan menerima 4,729 'like'.

Pengguna Twitter, 'Keaqilahan' berkata: "Nak jumpa. Untung orang KL dapat jumpa Dr Mahathir dalam pengangkutan awam."

Seorang lagi pengguna, 'Iamshazzybiebs' pula berkata: "Saya akan menjerit kalau terjumpa Dr Mahathir dalam MRT yang saya naiki."

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan