Aliran Trafik Ke KL Sesak

Diterbitkan: Isnin, 4 September 2017 7:02 PM

Keadaan aliran trafik yang sesak sekitar 5 petang Isnin di Lebuhraya Pantai Timur berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas Hari Merdeka, Aidiladha dan cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik beberapa lebuhraya utama dilapor bergerak perlahan petang Isnin berikutan semakin ramai penduduk kembali ke kota setelah bercuti panjang sempena Hari Kebangsaan dan Aidiladha selain cuti tambahan sehari selepas Malaysia muncul juara kejohanan Sukan Sea 2017 baru-baru ini.

Laporan trafik twitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sekitar 3.48 petang memaklumkan jalan sesak dan kenderaan bergerak perlahan dari arah Karak-Bentong Barat (KM76-KM65), Tol Bentong-Lentang (KM63-KM55  and KM53-KM49) dan Genting Sempah-Gombak (KM22-KM20).

Sekitar 4.19 petang pula trafik dilaporkan perlahan dari Changkat Jering ke Bukit Berapit dan dari Sungai Perak ke Terowong Menora, disebabkan aliran trafik mula meningkat.

Sementara itu, berlaku kemalangan di Km 84.4 dari Ayer Hitam ke Yong Peng menyebabkan trafikbergerak perlahan sepanjang 3 km.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafikterkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan