Allahyarham Samuri Ibarat Bapa Yang Penyayang

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 9:17 AM

Allahyarham Samuri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemergian Pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi akibat kanser hati, memberi kesan mendalam kepada pekerjanya yang menyifatkan Allahyarham sebagai sentiasa merendah diri dan umpama bapa yang penyayang.

Penolong Pengurus Operasi Sate Kajang Hj Samuri, Yusnizam Mohd Naguib, 40, yang sudah 15 tahun berkhidmat dengan Allahyarham, berkata beliau amat memahami kehendak pekerja di semua peringkat dan sentiasa memberi ruang untuk mendengar masalah mereka.

"Memang dia seorang yang amat mementingkan pekerja. Cara dia menyelesaikan masalah tidak memberikan tekanan kepada kami malah memberi kami motivasi untuk bekerja. Allahyarham akan beri jalan penyelesaian yang baik.

"Dia sentiasa bersikap terbuka dan sangat 'particular' masalah pekerja, tidak kira sama ada pekerja kedai mahu pun 'cleaner'. Pekerja boleh hubunginya terus pada bila-bila masa. Setiap masalah pekerja akan dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan dan mencari penyelesaian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Yusnizam turut berkongsi rahsia kejayaan perniagaan yang berusia 25 tahun itu bukan sekadar kepada keenakan dan kualiti sate yang disajikan, malah kebijaksanaan Allahyarham dalam mentadbir urus perniagaannya sehingga menjadi peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial.

Yusnizam berkata, beliau juga kagum dengan pemikiran Allahyarham yang berani membuat perubahan bagi mengembangkan empayar sate Kajang yang sudah terkenal bukan sahaja di daerah itu malah di seluruh negara.

Antara  kejayaan yang dicipta  oleh Sate Kajang Hj Samuri adalah membekalkan 70,000 cucuk sate semasa pelancaran fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai lepas.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Kamarul Abdul Karim, 40, berkata bapa saudaranya itu seorang yang disenangi ramai namun masih bersikap tegas dalam menguruskan perniagaannya.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Allahyarham berkata Samuri juga seorang yang berhati mulia kerana sikapnya yang gemar membantu mereka yang dalam kesusahan.

Laman sosial Facebook turut dibanjiri ucapan takziah berikutan kepulangan Allahyarham ke Rahmatullah, dizahirkan pelbagai bangsa yang menyifatkan Allahyarham Samuri, 73, seorang ikon dalam bidang perniagaan dan berharap pewaris Allahyarham Samuri akan meneruskan legasi kegemilangan Sate Kajang Hj Samuri. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Samuri , Sate Kajang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan